AKTIVITI

MEREALISASIKAN KEUSAHAWANAN KPMKB

Perkembangan positif koperasi akan menjanakan pembangunan ekonomi Negara disamping tadbir urus yang baik dan ditambah dengan adanya persaingan yang sihat di dalam bidang perniagaan dan pelaburan akan menambahkan lagi pendapatan koperasi itu sendiri.
     Bagaimana pun sektor koperasi secara keseluruhannya masih belum tergugat daripada kesan kegawatan ekonomi yang berlaku, kerana kebanyakkan koperasi tidak terbabit dengan aktiviti pasaran antarabangsa , sebaliknya lebih menjurus kepada mikro kredit dan pasaran domestik. Pelanggan utamanya terdiri dari kalangan anggota-anggota koperasi sendiri yang kebanyakkan warga kerja sektor kerajaan dan badan berkanun kerajaan.
     Anggota – anggota koperasi juga memainkan peranan yang penting di dalam membantu menambahkan pendapatan koperasi dan tak secara langsung juga memulangkan keuntungan kepada anggota – anggota koperasi sendiri.
     Syukur Alhamdulillah dengan kerjasama yang padu daripada semua anggota-anggota koperasi, memberi semangat kepada anggota Lembaga di dalam meluaskan lagi aktiviti-aktiviti di dalam bidang pelaburan , hartanah dan sebagainya bagi membolehkan sumber pendapatan kepada koperasi.


Antara aktiviti-aktiviti dan projek-projek yang sedang akan dijalankan seperti berikut :-
1   
     1.  PEMBIAYAAN PINJAMAN ANGGOTA 
         
                                                            
                            a)    PINJAMAN KREDIT TANPA PENJAMIN              RM 100,000.00
b                         b)    PINJAMAN PENGGUNA (BARANGAN)            RM   30,000.00                                     
c                         c)     PINJAMAN ROADTAX/ INSURANS            RM   20,000.00                                             
                           d)     PINJAMAN PELANCONGAN                   RM   2,000.00                               
e)               e)     PINJAMAN HAJI/UMRAH               RM   20,000.00                                              
 f                         f)      PINJAMAN FLEKSIBEL                RM   20,000.00                           
                           g)     PINJAMAN KECEMASAN / SEGERA          RM 10,000.00
    
 


     2.PROJEK HARTANAH 
Jawatankuasa projek telah membeli tanah di Kampung Binjal, Mukim Banggu, Kota Bharu.Tanah ini diperingkat kelulusan mesyuarat EXCO, Sekiranya lulus tanah ini akan dipecah lot untuk dijual kepada anggota dan juga orang awam. Disamping itu anggota lembaga juga sedang berusaha mencari dan mengenal pasti lokasi tanah yang berpotensi untuk dimajukan sama pecah lot atau sebaliknya.

      3. PROJEK MENDIRIKAN STESYEN MINYAK

JAwatankuasa projek juga sudah mengenalpasti dua lokasi tanah dan bersetuju dibeli iaitu Kota Bharu ke Tok Bali, Pasir Puteh dan Kota Bharu ke Gua Musang untuk mendirikan stesyen minyak Shell dan Petronas.

     4. PROJEK MENGIMPORT DAN MENGEKSPORT LEMBU

Jawatankuasa projek telah mendaoat AP dengan Pengarah Jabatan Veterinar Malaysia dan telah pun mendapat kelulusan menjalankan usahawan menternak san mengimport lembu daripada Thailand untuk dipasarkan keseluruhan Malaysia dan mendapat sabutan yang menggalakkan.
 
     5. PERNIAGAAN KEDAI KOPERASI

Jawatankuasa perniagaan tekah menjalankan perniagaan HPA keluaran AL-Wahidah, disamping menjalankan perniagaan motorsikal, barang elektrik,  barang kemas dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan koperasi. Walaubagaimanapun perniagaan ini agak lembap dan pulangan yang kecil ditambah pula saingan yang hebat serta kurang mendapat sambutan daripada kalangan anggota-anggota koperasi sendiri.