Tuesday, July 17, 2012

AGIHAN DIVIDEN 2011

Kepada semua anggota KPMKB yang dihormati,

Mulai 1 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012, KPMKB akan mula melaksanakan proses pembayaran dividen 2011 sebanyak 5.2% kepada anggota yang layak sahaja.

Operasi tersebut bermula pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang di Aras 1 koperasi,  pada hari bekerja sahaja.

Para anggota hendaklah hadir sendiri untuk urusan tersebut. Segala urusan adalah bergantung kepada nombor anggota sahaja.


Bagi anggota yang tidak dapat  dapat hadir dalam tempoh tersebut, mereka bolehlah mengisi dan menghantar  borang dividen  yang disediakan beserta salinan IC ke pejabat koperasi. Proses pembayaran selepas 30 Ogos 2012 adalah  tidak kurang 2 minggu dari tarikh permohonan diterima. Kaedah pembayaran adalah seperti berikut :
       i.         Cek individu  -  caj bank adalah dibawah tanggungan anggota
      ii.         Masuk akaun individu ( Maybank / Bank Rakyat / Bank Islam / BSN ) -  
                   kos upah RM2 akan ditolak daripada nilai dividen diterima
    


Untuk semakan para anggota , penyata akaun individu telah  dihantar ke alamat jabatan masing-masing pada awal tahun 2012.
 
Terima Kasih.

Monday, April 30, 2012

PROMOSI KEANGGOTAAN BARU BERMULA 1 MEI HINGGA 31 MEI 2012

Ayuh sertai dan menjadi anggota Koperasi Pegawai Melayu Kelantan Berhad. (KPMKB)

         Keanggotaan terbuka kepada penjawat awam/kakitangan kerajaan.

Kelebihan menjadi anggota Koperasi ini : 
          a) Membantu anggota membuat simpanan berbentuk yuran (yuran bulanan) 
     
b) Benefit Masuk Wad    - RM 50.00/HARI
c) Khairat Kematian         - RM 10,000.00
d) Pengurusan Jenazah   -  RM 1,000.00
          e) Sumbangan Dermasiswa / Kebajikan (AHLI KELUARGA BOLEH JUGA MENYERTAI SAMA)


 Syarat kelayakan keanggotaan :

1. Warganegara Malaysia ,
2. Berumur 18 tahun dan ke atas ,
3. Anak jati Kelantan ,
4. Kakitangan kerajaan (pusat/negeri/penguasa tempatan) yang bekerja di negeri Kelantan,
5. Juga terbuka kepada kakitangan awam dari luar Kelantan yang bermastautin dan bekerja
    di Kelantan

 Fi masuk (yuran pendaftaran ) RM15 (sekali seumur hidup)                      

                        


Caruman bulanan :

 1. Yuran bulanan                                        -  RM 45.00 ( 4% bagi yang kurang)
 2.  Tabung insurans kelompok (khairat)      -  RM 10.00
 3.  Tabung kebajikan  (khairat)                   -  RM 15.00
 4.  Saham RM200.00                                -  RM 10.00 (selama 20 bulan)

     (Caruman bulanan adalah tetap setiap bulan sehingga bersara
      kecuali caruman saham iaitu  selama 20 bulan )



Dokumen yang diperlukan :

1.  Borang keanggotaankoperasi
2.  Borang BPA 1/79         (borang Biro Angkasa)
     (diisi lengkap dan disahkan oleh majikan)
3.  Salinan kad pengenalan (depan belakang dalam 1 muka surat)
4.  Slip gaji original 2 bulan terkini  (jika dicetak dari e-Penyata Gaji, perlu disahkan majikan)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi anggota baru mendaftar, kelayakan pinjaman kredit adalah RM20,000.00.

Syarat kelayakan pembiayaan pinjaman anggota baru :

 1.  Had keberhutangan kurang dari 60%
 2.  Caruman yuran 6 bulan berturut-turut
             3.  Saham mencukupi RM200.00

             4.  Tabung perlindungan pinjaman 1.2% setahun


Dokumen yang diperlukan :

             1. Salinan kad pengenalan  depan belakang pada  1 muka surat


             2. Slip gaji 2 bulan terkini  (original)


 -----------------------------------------------------------------------------------------------



AYUH AJAK RAKAN-RAKAN ANDA MENYERTAI KAMI SEMPENA PROMOSI INI !

Wednesday, January 5, 2011

SEKAPUR SIREH


Koperasi Pegawai Melayu KelantanBerhad (KPMKB) merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk meningkat dan memajukan sosial ekonomi anggotanya. KPMKB adalah sebuah badan yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi lebih mengutamakan kebajikan ahli atau anggotanya.
KPMKB merupakan sebuah syarikat umum berhad yang mempunyai matlamat untuk menggalakkan anggotanya bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi ini. Perkhidmatan kredit atau jimat cermat pinjam meminjam merupakan aktiviti utama KPMKB dimana pinjaman kredit ini hanya diberikan kepada anggota KPMKB sahaja. Anggota KPMKB mestilah daripada golongan bumiputra dan memegang jawatan sebagai pegawai dalam sektor kerajaan.
Kelebihan menjadi anggota KPMKB ialah Koperasi ini dapat memenuhi keperluan yang diperlukan oleh anggotanya. Kedua dapat memperbaiki taraf hidup anggotanya. Ketiga tidak menindaskan anggotanya tetapi menawarkan harga yang berpatutan memberi perkhidmatan  dan produk yang berkualiti sebagai alternatif kepada anggotanya. KPMKB juga mengamalkan nilai koperasi iaitu keprihatinan terhadap anggotanya. 
KPMKB juga membantu anggotanya untuk menyimpan dan mengeluarkan wang apabila diperlukan .KPMKB juga memberi kemudahan pinjaman kepada anggotanya denga kadar faedah yang terendah . Anggota KPMKB juga akan mendapat faedah yang tinggi sekiranya KPMK mendapat keuntungan  besar pada tahun tersebut. 
Anggota KPMK juga dapat memberi cadangan atau idea yang bernas bagi memajukan koperasi mereka sendiri. Anggota KPMKB juga berhad menentukan hala tuju koperasi mereka bagi mencapai matlamat, misi dan tujuan KPMKB ditubuhkan.
Kesimpulannya, KPMKB merupakan koperasi yang menyediakan perkhidmatan kredit bagi semua anggota yang ingin membuat pinjaman. KPMKB juga salah satu koperasi yang sangat perihatin terhadap anggotanya yang ingin membuat pinjaman denga mengenakan kadar faedah yang rendah kepada anggotanya.