Wednesday, January 5, 2011

SEKAPUR SIREH


Koperasi Pegawai Melayu KelantanBerhad (KPMKB) merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk meningkat dan memajukan sosial ekonomi anggotanya. KPMKB adalah sebuah badan yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi lebih mengutamakan kebajikan ahli atau anggotanya.
KPMKB merupakan sebuah syarikat umum berhad yang mempunyai matlamat untuk menggalakkan anggotanya bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi ini. Perkhidmatan kredit atau jimat cermat pinjam meminjam merupakan aktiviti utama KPMKB dimana pinjaman kredit ini hanya diberikan kepada anggota KPMKB sahaja. Anggota KPMKB mestilah daripada golongan bumiputra dan memegang jawatan sebagai pegawai dalam sektor kerajaan.
Kelebihan menjadi anggota KPMKB ialah Koperasi ini dapat memenuhi keperluan yang diperlukan oleh anggotanya. Kedua dapat memperbaiki taraf hidup anggotanya. Ketiga tidak menindaskan anggotanya tetapi menawarkan harga yang berpatutan memberi perkhidmatan  dan produk yang berkualiti sebagai alternatif kepada anggotanya. KPMKB juga mengamalkan nilai koperasi iaitu keprihatinan terhadap anggotanya. 
KPMKB juga membantu anggotanya untuk menyimpan dan mengeluarkan wang apabila diperlukan .KPMKB juga memberi kemudahan pinjaman kepada anggotanya denga kadar faedah yang terendah . Anggota KPMKB juga akan mendapat faedah yang tinggi sekiranya KPMK mendapat keuntungan  besar pada tahun tersebut. 
Anggota KPMK juga dapat memberi cadangan atau idea yang bernas bagi memajukan koperasi mereka sendiri. Anggota KPMKB juga berhad menentukan hala tuju koperasi mereka bagi mencapai matlamat, misi dan tujuan KPMKB ditubuhkan.
Kesimpulannya, KPMKB merupakan koperasi yang menyediakan perkhidmatan kredit bagi semua anggota yang ingin membuat pinjaman. KPMKB juga salah satu koperasi yang sangat perihatin terhadap anggotanya yang ingin membuat pinjaman denga mengenakan kadar faedah yang rendah kepada anggotanya.

1 comment:

  1. Halo,
     Bagaimana anda melakukan hari ini? Saya seorang pemberi pinjaman swasta yang memberi pinjaman kepada individu atau kumpulan orang untuk sama ada perniagaan atau penggunaan swasta. Kadar faedah adalah 5% dan jumlah pinjaman kami adalah dari $ 5000- $ 70,000,000 pada masa ini. Tangan pinjaman kami meliputi lebih daripada 70 kawasan di seluruh dunia. Sekiranya berminat Sila tulis saya kembali melalui pos.


    Selamat sejahtera
    sarahrowlings1@gmail.com

    ReplyDelete